Kepimpinan serta ahli Barisan Nasional tidak perlu 'terasa' dengan dakwaan serta tohmahan yang dilemparkan musuh parti, termasuk kewujudan kem-kem seperti kem Presiden, kem Perdana Menteri serta kem Tok Mat.<br /><br />Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sikap sebegitu hanyalah satu perbuatan mengadu domba daripada golongan yang mahu mewujudkan perpecahan di dalam UMNO dan BN.